Thursday 28 August 2014

Kelebihan Wildan Susu Kambing


Wildan Susu Kambing (WSK) merupakan susu tepung daripada susu kambing organik yang diimport dari Netherlands. Kambing diternak secara organik yang tidak diberi sebarang suntikan hormon. Selain itu, kambing organik yang bebas daripada bahan sintetik,  hanya bahan semulajadi diberikan sebagai sumber makanan kambing ternakan.


KELEBIHAN WILDAN SUSU KAMBING:


Tahukah anda, kebanyakan susu kambing yang boleh anda dapati di pasaran tidak mengandungi 100% susu kambing. Sebahagiannya telah dicampur dengan susu lembu atau lebih dikenali sebagai susu skim (skim milk) atau krimer bukan tenusu (non-dairy milk). Ada diantara campuran tersebut sehingga mencecah 40% susu lembu dan hanya 60% susu kambing, maka dengan mengurangkan kandungan susu kambing maka mereka dapat menawarkan produk susu kambing mereka pada harga yang lebih murah. Berbeza dengan produk kami, Wildan Susu Kambing adalah 100% susu kambing organik tanpa campuran susu lembu. Maka harga yang kami tawarkan bagi 100% susu kambing organik adalah sangat berpatutan. 


Seperti yang diketahui umum bahawa susu kambing mempunyai pelbagai khasiat, maka mengambil susu kambing yang 100% asli & organik dapat membantu memberikan khasiat susu kambing yang lebih berkesan daripada produk susu kambing yang telah dicampur dengan susu lembu.